Pengikut (ada kelebihannya)

Sabtu, Januari 02, 2010

Konsep Gubahan Imej, Bahagian 12

Saiz dan Skala
"Camera never lies."  Itu adalah ungkapan yang selalu saya dengar ketika kecil-kecil dulu.  Apakah benar begitu? Yang kamera tidak pernah berbohong...yang apa yang kita nampak dalam gambar adalah kenyataan...

Jurugambar dan jurukamera memang telah arif tentang perkara ini.  Apa yang kita nampak dalam gambar atau di layar perak tidak semestinya benar.  Pernah dengar perkataan "camera trick"?  Jarak antara kamera dan objek boleh mempengaruhi saiz objek tersebut kelihatan dalam gambar.

Selain dari jarak, titik pandangan dan panjang lensa boleh mempengaruhi saiz objek dalam gambar.

Saya pasti rakan-rakan pernah lihat acara gusti di televisyen.  Saiz ahli gusti teramatlah besar.  Bila gambar biasa, mereka tidaklah sebesar itu, hanya saiz manusia biasa aja.  Bagaimana mereka boleh kelihatan terlalu besar ketika berada dalam gelanggang?

Apabila seorang ahli gusti diperlekehkan, dia kelihatan kecil pula.  Perhatikan titik pandangan yang digunakan apabila anda menonton rancangan gusti.  Banyak perkara boleh dipelajari tentang penggunaan skala dan saiz dalam rancangan tersebut.

Anda juga pasti ingat certita Ultraman.  Walaupun teknik yang digunakan amat ketara berkualiti rendah, pada kanak-kanak, trick fotografi yang digunakan dikira berjaya.  pada kanak-kanak, saiz Ultraman amat besar.  Dalam rancangan tersebut, model bangunan (yang kecil) digunakan sebagai bahan rujukan.  Oleh kerana pada fikiran kanak-kanak, saiz bangunan adalah besar, saiz Ultraman juga dibesarkan dalam fikiran mereka.

Dalam fotografi, mata pemerhati akan mencari objek yang biasa untuk dijadikan rujukan saiz subjek utama.  Ada jurugambar yang sengaja membuatkan objek biasa kelihatan besar dan "grand".  Ini biasanya diaplikasikan dalam fotografi pengiklanan.


Rumah Gingerbread

Kebiasaannya model rumah gingerbread kecil sahaja, iaitu sebesar kotak kasut.  Dengan mengambil gambar dari atas, rumah gingerbread ini sememangnya kelihatan kecil.  Dengan kehadiran orang dalam gambar ini, pemerhati dapat tahu saiz sebenar rumah gingerbread tersebut.  Ia amat besar.



Dengan mengambil gambar dari aras bawah dan dekat dengan anak patung, ia kelihatan besar dan grand.  Tanpa objek rujukan sebagai skala, sukar untuk pemerhati membayangkan saiz sebenar anak patung tersebut.

0 komentar:

Catat Ulasan