Pengikut (ada kelebihannya)

Rabu, Januari 13, 2010

Posting Pertama



Salam Cikgu Is dan semua rakan GF.

Banyak betul perubahan dlm blog ni. Dah 3 bulan saya tak menjenguknya.
Sempena tahun baru ni, azam saya antara lainnya ialah untuk berkongsi
gambar dengan rakan GF yg lain disamping turut serta dlm outing akan datang.
Outing saya yg pertama dan juga terakhir adalah bersama dgn Cikgu Is ke Putrajaya untuk ambil gambar Masjid Putra selepas subuh. Tapi saya tak dapat posting gambar.

Okey lah. Buat permulaan saya ingin berkongsi gambar yang saya ambil di tanah suci Mekkah semasa saya mengerjakan haji baru-baru ini. Saya pilih gambar tawaf ni antara lainnya kerana ada unsur pergerakan di situ. Saya masih baru dalam bidang fotografi ni . Masih lagi dlm proses cuba-cuba. Untuk gambar ini saya cuba settingkan ke manual mode dan set shutter speednya kepada 2 saat. Hasilnya ...

Saya menanti komen dari rakan2 sekalian.

5 komentar:

  1. Idea yang bagus dan hasilnya berbaloi. Pergerakan manusia seperti aliran air serta struktur Ka'abah yang utuh. Simbolik dan original.
    BalasPadam
  2. Hebat Piee, mengambil gambar diMekah bersempatan menggunakan Tripod.Saya biasa hendak berlebih lebih utk buat pengambaran disini tapi byk halangan oleh polis pakaian biasa Arab Saudi.Mereka hdk rampas kamera saya tapi sy minta maaf dan selepas kjd itu sy sdh serik.Ia pada thn 1992 dan saya tak tahu mungkin skrg mereka sdh benarkan fotografi dikawasan tersebut dan Madinah.

    Gbr anda mmang bagus. Kamera apa anda guna. Kompak atau DSLR.
    BalasPadam
  3. fuh. orang mekah pun puji. hehehe.. atas sebab keberanian anda serta kepantasan berfikir. cantik pergerakan tu. salam perkenalan dari kami.
    BalasPadam
  4. salam.. cantik hj piee.. Lain dari yang lain..
    Lutfi pun takdok lagi post gambo gini.. hehe
    BalasPadam
  5. Terima kasih atas komen semua. Sebenarnya saya tak gunakan tripod tetapi kamera diletakkan atas pagar penghadang untuk kestabilan. Umumnya larangan mengambil gambar masih lagi dikekalkan. Curi-curi je ni. Kalau tkt 1 dan rooftop mungkin dia orang tak berapa kisah. Tapi saya perhatikan selepas wukuf mereka agak tegas termasuk merampas kamera (yg besar dan yg berposing sakan). Kamera yg digunakan adalah jenis compact( saya tak pasti mungkin bridge kamera ) Fujifilm F580. Kepada sdra Lotfi, saya sebenarnya ada bertanyakan tentang anda dari sahabat saya Hafiz (student Univ Mekkah) tapi tak berkesempatan nak jumpa.
    Rasa terkilan tak bawa DSLR. Sekurang-kurangnya boleh ambil gambar wide angle. ha...ha
    BalasPadam