Pengikut (ada kelebihannya)

Ahad, Januari 17, 2010

Teka Mingguan (Berakhir 21 januari 2010)




Dalam teka-teki pertama kita (sumber cahaya dalam gambar buah asam jawa), hampir kesemua peneka meneka cahaya tingkap.  Jawapan tersebut tidak betul kerana ia diambil dalam gelap dan menggunakan cahaya lain.  Jawapannya tidak akan diberikan kerana saya akan gunakan gambar yang sama untuk teka akan datang.

Untuk teka minggu ini, saya pamerkan gambar berikut.



Kamera analog dalam imej di atas amat popular di zaman 80an sebagai kamera "spy" untuk mengambil gambar kandid kerana saiznya yang kecil.  Ia akadalah kamera SLR yang dilengkapi dengan lensa zum dan dedahan boleh disetkan secara manual atau keutamaan bukaan lensa.  Apakah saiz filem (nombor) yang digunakan?

Peneka pertama yang berjaya meneka dengan akan mendapat sebuah buku fotografi yang ditulis oleh Lam Seng Fatt terbitan Berita publishing sdn Bhd.  Untuk meneka, anda mesti menjadi pengikut Gelanggangfoto atau Rakan Gelanggangfto.  Jawapan mesti dikirim melalui emel ke iskandar.abdulrashid@gmail.com.  Tajuk emel "Teka Mingguan".

3 komentar:

  1. Saya ada menerima 5 jawapan yang dikirim semalam. kelima-lima jawapan tersebut tidak tepat. Jawapan untuk soalan ini boleh didapati dalam Gelanggangfoto sebelum ini, posting yang berkaitan dengan kamera ini. Cari, jangan tak cari.
    BalasPadam
  2. OK, pemenang kita minggu ini ialah sdri Normi. Jawapannya tepat, filem 110 iaitu filem kecil yang diedarkan kalam kartrij. Kini filem ini tidak lagi dkeluarkan.

    Sdri normi, sila berikan alamat.

    Pertandingan fotografi bulan ini, tema Cahaya masih terbuka penyertaannya.
    BalasPadam
  3. hehe..Alhamdulillah..

    Normi Hj Abdullah
    No. 192, Lorong 10, Taman LKNP Balok Maju,
    26100 KUANTAN.
    BalasPadam