Untuk posting Taman Burung Kuala Lumpur, sila ke pautan berikut.
http://www.gelanggangfoto.com/2010/02/outing-ke-taman-burung.html
Untuk Bengkal Asas Fotografi, kami menginap di Hotel Puri, Bandar Hilir. Tempat ini memang selesa kerana berdekatan dengan Jonker Walk. Malam sebelum bengkel agak meriah kerana sambutan Tahun Baru Cina. Hotel Puri itu sendiri pun amat sesuai untuk fotografi kerana nilai sejarahnya dan bangunan ini padat dengan ornamen dari abad yang lampau.
Kami adakan perbincangan tentang asas fotografi di bawah pokok Melaka di Dataran Pahlawan. Kemudian kami bergerak ke dalam Porta de Santiago dan memanjat bukit ke dalam runtuhan gereja untuk meneruskan sessi bengkel.
Secara asasnya, bengkel dipecah kepada 3 sessi. Sessi 1, mengenali kamera serta cara mendapatkan dedahan yang sempurna. Peserta didedahkan dengan kamera lama, cara mendapatkan dedahan sempurna, setting manual dan penggunaan kad kelabu.
Sessi 2 tentang gubahan imej (composition) dan cara mendapatkan imej yang berkesan dan mempunyai cerita. Konsep universal dalam gubahan dibincangkan.
Selepas menikmati makan tengahari, Sessi 3 diteruskan, iaitu tentang Etika dalam fotografi, borang Model Release, siapa yang boleh dipotret, cara mewmilih subjek dan sebagainya.
Setiap peserta mendapat sebuah module, buku fotografi, kad kelabu dan bingkai sepertiga. Sijil Kehadiran dikeluarkan.
Secara keseluruhan, saya anggap bengkel ini berjaya mencapai matlamatnya.
Peserta sedang asyik mengkali fitur yang ada dalam kamera mereka. Banyak fitur yang ada masih belum diteroka.
Kami berhimpun dan berbincang di bawah pohon yang bersejarah ini.
Antara peserta sedang asyik dengan peralatan masing-masing.
Suasana bengkel ketika Sessi 1.
Memanjat bukit ke lokasi baru.
Suasana lebih nyaman di sini. Terdapat beberapa orang yang boleh dijadikan subjek di sini. Saya sengaja memilih lokasi ini untuk Sessi 3, iaitu Etika dalam Fotografi.
Peserta asyik dengan soalan tentang cara mengendali kamera dalam situasi khas.

Antara peserta bengkel.
Antara subjek kali ini.
Saudara Wahab, yang selalu berada di lokasi ini, sedia untuk dipotret. Walaupun berwajah serius, dia senang untuk dipotret. Seorang yang baik hati dan mudah beramah mesra. Terdapat juga penyanyi dan pelukis di sekitar. Peserta didedahkan dengan cara untuk meminta kebenaran untuk mengambil potret orang dijalanan.
Bengkel Outing mengambil gambar air terjun di Sungai Tekala, Lanskap di Putrajaya, dan Fotoesei di Paka, Terengganu. Selain dari itu kami juga mengadakan kursus asas di Studio Gelanggangfoto. Antara subjek yang ditawarkan ialah Fotografi Potret dan Fotografi Makro.
Hubungi kami untuk keterangan lanjut.












0 komentar:
Catat Ulasan