Pengikut (ada kelebihannya)

Sabtu, Januari 30, 2010

Teka Teki Mingguan

Teka minggu ini masih ada yang dapat menjawab dengan tepat.  Jangan lepaskan peluang...

http://www.gelanggangfoto.com/2010/01/teka-minggu-ini.html

Pertandingan Fotografi Bulanan, tinggal satu hari lagi.

Jangan ketinggalan.

Rabu, Januari 27, 2010

Wind of Change





pemandangan dari bilik/pejabat baru di Jalan Hang Tuah.kebutulan terpandang kepulan awan yang menarik perhatian saya dan kamera pun sememnga ada di meja..cuba-cuba mengubah gaya cg Is dalam cityscape nyer...nampaknya belum dapat sudut yang menarik dari pejabat baru saya.Buah cempedak diluar pagar..dah kasi galah saja tak mau guna...bagaimana agar Hangtuah Cityscape ni dapat digambarkan dengan lebih menarik.

Selasa, Januari 26, 2010

Pertandingan Fotografi Bulanan

Masih ada 6 hari lagi untuk sertai pertandingan.  Tema bulan ini ialah "Cahaya".  Jangan ketinggalan.

Teka Minggu Ini









Dedahan imej di atas ialah bukaan lensa f/5.6 pada 1/30s menggunakan kelajuan pengesan ISO 100.  Saya ingin dapatkan kesan kesan aliran air yang lembut serta imej yang lebih tepu.  Saya telah setkan kelajuan pengatup kepada 1/2S dan ISO50.  Sekiranya saya ingin dapatkan dedahan yang setara dengan imej di atas, berapakah nilai bukaan lensa (aperture) yang saya perlu setkan?

Klu ada dalam posting tentang dedahan yang diposkan ke blog ini.

Hadiah minggu ini:  Sebuah buku fotografi bertajuk Koleksi Tips Fotografi Digital bernilai RM30.50

Potret 2 dunia


Kalau Bro Shukor letak gambar kucing dan lelaki tua sekarang saya letak orang muda dan orang tua...saya masih zero tentang potret semasa snap gambar ni....Ada sesiapa ahli GF yang boleh memberi komem membina pasal potret di atas..Ehem2...Ccg Is bila nak letak tip2 mengambil gambar potret supaya ada umphhh ni

Fotografi Potret, Bahagian 1




Agak lambat sedikit posting artikel saya kali ini.   Sebenarnya, artikel tentang konsep gubahan masih belum lengkap.  Masih banyak yang ingin saya sampaikan, malangnya kebanyakan imej yang saya ingin gunakan dalam artikel tersebut dirakam menggunakan filem.  Kali ini filem dihantar ke kedai untuk diproses kerana developer yang saya bancuh sudah semakin lemah.  Saya belum sempat ke tempat pengedar untuk dapatkan bekalan yang baru, jadi saya ambil jalan mudah iaitu hantar aja filem ke kedai untuk diproses.  Kini tidak ramai orang yang gunakan filem hitam putih, jadi tidak banyak kedai yang memproses filem tersebut.  Ini menyebabkan ia memakan masa yang lama kerana filem banyak bertukar tangan sebelum diproses.  Pemproses juga mngenakan cas yang mahal kerana kini jarang orang mengambil gambar menggunakan filem hitam putih.   Saya dikenakan cas memproses sebanyak RM28 satu gelung!

Buat sementara waktu, elok saya poskan artikel tentang potret.  Lagipun saya perhatikan ada beberapa potret yang menarik perhatian saya yang diposkan oleh Sdr Shukor, Sdri Normi dan Sdri Norhamiza.

Kalau zaman saya menuntut dulu, potret ditakrifkan oleh guru saya sebagai gambarfoto yang menceritakan tentang seseorang (subjek).  Ia bukan setakat imej seseorang.  Imej tersebut ada menceritakan tentang peribadi orang tersebut.  Kalau subjek seorang guru, anda akan tahu subjek tersebut adalah seorang guru.  Dari imej juga anda akan dapat tahu adakah watak beliau, misalnya kalau guru, adakah beliau seorang guru yang lembut, tegas, atau yang garang.  Kalau subjek seorang doktor, anda akan tahu, ini potret seorang doktor.

Perhatikan imej yang diposkan oleh Sdr Shukor (Potret Pelukis). Bagaimana anda tahu subjek tersebut adalah seorang pelukis atau seorang seniman.  Perhatikan wajah subjek tersebut.  Bagaimana pula perasaannya terhadap haiwan?

Potret tidak semestinya orang lain.  Anda boleh rakam potret sendiri.  Ini boleh dilakukan dengan mudah jika anda memiliki self-timer atau pelepas kawalan jauh.

Perhatikan pula potret sendiri yang diposkan oleh Sdri Normi.  Perhatikan ekspresi wajahnya.  Perhatikan cara beliau posing.  Dapatkah anda meneka apakah pekerjaan Sdri Normi?  Dari gambar tersebut dapatkah anda kesan apakah hobi beliau?

Kalau dibaca takrif am tentang potret, ia bukan terhad pada gambarfoto sahaja.  Potret adalah gambarfoto, atau lukisan, atau teks yang menceritakan tentang seseorang.

Sekiranya anda serious ingin menjadi seorang jurugambar potret, anda perlu berlatih menghasilkan imej yang dapat dibezakan antara potret dengan snapshot.  Snapshot orang boleh didapati di mana-mana.  Potret yang berkesan agak sukar dihasilkan.  Ia perlukan tumpuan ketika menghasilkannya.

Anda perlu bermain dengan gubahan, pencahayaan, ekspresi pada wajah, prop, atau apa-apa sahaja yang dapat menceritakan tentang orang tersebut.  Dalam pada itu, anda juga perlu pastikan imej yang anda hasilkan adalah ringkas dan mudah difahami.

Jika anda ingin hasilkan potret seorang doktor, memadai beliau memakai lab coat putih yang lazimnya dipakai oleh doktor.  Tidak perlu anda masukkan katil pesakit, CT Scan dan lain-lain peralatan yang canggih.

Potret yang elok adalah ringkas.

Oleh kerana cahaya mempengaruhi mood sesebuah imej, anda perlu bermain dengan cahaya ketika merakam potret.

Perhatikan imej berikut.  Apakah watak subjek utama (di tengah)?  Apakah kerjayanya?  Megapakah imej dicondongkan sedikit?






Sekiranya anda ingin rakam imej sendiri, apakah yang anda ingin tonjolkan tentang diri anda?  Apakah yang anda akan gunakan sebagai prop?  Pencahayaan yang bagaimanakah yang anda akan pilih.  Adakah anda akan rakam potret penuh atau sebahagian dari badan?  Bagaimana pula dengan titik pandangan?







Ahad, Januari 24, 2010

Outing Sunset

Salam rakan semua.  Saya akan berada di Residence Hotel UNITEN, Bangi pada 28 Januari 2010.  Jumpa di kawasan tasik UNITEN sebelah petang 5:00 petang untuk shoot matahari terbenam (sunset).  Bawa tripod dan peralatan yang difikirkan perlu.Klik bebutang Ikut pada tetingkap Event di panel kanan.  (Tetingkap yg ada gambar Google Map).

Sabtu, Januari 23, 2010

Memotret..

Ada..ada kak miza.. Tapi betul mcm bro halimullah ckp..takder gambo nak upload..
Normi pun gitu gak.. senyap sebab tak bergambo dan sedang nak memahamkan diri tentang potret..
Kali ni normi pos gambar potret diri sendiri.. Memanjat ke menara abseiling dengan kamera digital dan tripod, set pemasa dan shoot! Dek bukan dslr, maka tiadalah kesan bokeh.. hanya terkesan sedikit dengan DOF barangkali...
Ada soalan utk AlongArman (yg terer bab2 menyunting gambo): kalu gmbo langit mcm ni, nak bagi langit tu cantik kebiruan macamana ya?

Selasa, Januari 19, 2010

BENGKEL FOTOGRAFI

Salam semua,
Untuk makluman semua bengkel fotografi pada tarikh yang terdekat akan diadakan pada awal bulan Febuari (13/02/2010) bertempat di Melaka (Bandar Hilir).  Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta Bengkel Foto ini boleh menghubungi saya (Norhamiza 0126723278) untuk tempahan. Buku fotografi, modul pembelajaran dan buku fotografi disediakan. Tempat adalah terhad. Siapa cepat dia yang dapat.  Terima kasih.

Potret Pelukis

Saya gemar potret Datuk Mansur ini. Cuba tengok expresi kucing beliau yang garang daripada tuan.

Ahad, Januari 17, 2010

Teka Mingguan (Berakhir 21 januari 2010)




Dalam teka-teki pertama kita (sumber cahaya dalam gambar buah asam jawa), hampir kesemua peneka meneka cahaya tingkap.  Jawapan tersebut tidak betul kerana ia diambil dalam gelap dan menggunakan cahaya lain.  Jawapannya tidak akan diberikan kerana saya akan gunakan gambar yang sama untuk teka akan datang.

Untuk teka minggu ini, saya pamerkan gambar berikut.



Kamera analog dalam imej di atas amat popular di zaman 80an sebagai kamera "spy" untuk mengambil gambar kandid kerana saiznya yang kecil.  Ia akadalah kamera SLR yang dilengkapi dengan lensa zum dan dedahan boleh disetkan secara manual atau keutamaan bukaan lensa.  Apakah saiz filem (nombor) yang digunakan?

Peneka pertama yang berjaya meneka dengan akan mendapat sebuah buku fotografi yang ditulis oleh Lam Seng Fatt terbitan Berita publishing sdn Bhd.  Untuk meneka, anda mesti menjadi pengikut Gelanggangfoto atau Rakan Gelanggangfto.  Jawapan mesti dikirim melalui emel ke iskandar.abdulrashid@gmail.com.  Tajuk emel "Teka Mingguan".

Sabtu, Januari 16, 2010

Glosari Gelanggangfoto: Zoom Lens

Zoom Lens
Lensa Zum, lensa yang dibina supaya panjang fokus boleh dilaraskan secara berterusan. Penyelarasan fokus tetap ketika panjang fokus diubah.


Jumaat, Januari 15, 2010

Potret Cara saya

Saya gemar mengambil candid potret kanak kanak ketika mereka menguap. Cara ini dapat menarik perhatian ramai terhadap gambar tersebut sebab ia ada salah satu keunikan.
Keunikan adalah tambah nilai kesenian foto. Apa pendapat anda rakan rakan?

(Shazfar) Menghisap jari adalah satu tanda kemanjaan.



Glosari Gelanggangfoto: X setting (X sync)

X setting (X sync) 
Setting X, adalah kelajuan pengatup yang diselarikan dengan tembakan lampu kilat supaya cahaya menyimbah sepenuhnya pada subjek. Jika setting melebihi setting X, hanya sebahagian dari subjek akan disimbah dengan lampu kilat dan menghasilkan imej yang sebahagiannya gelap.

Khamis, Januari 14, 2010

Glosari Gelanggangfoto: Working Aperture

Working aperture 
Bukaan berfungsi, iaitu bukaan maksima yang boleh menghasilkan imej yang boleh diterima pakai.

Rabu, Januari 13, 2010

Posting Pertama



Salam Cikgu Is dan semua rakan GF.

Banyak betul perubahan dlm blog ni. Dah 3 bulan saya tak menjenguknya.
Sempena tahun baru ni, azam saya antara lainnya ialah untuk berkongsi
gambar dengan rakan GF yg lain disamping turut serta dlm outing akan datang.
Outing saya yg pertama dan juga terakhir adalah bersama dgn Cikgu Is ke Putrajaya untuk ambil gambar Masjid Putra selepas subuh. Tapi saya tak dapat posting gambar.

Okey lah. Buat permulaan saya ingin berkongsi gambar yang saya ambil di tanah suci Mekkah semasa saya mengerjakan haji baru-baru ini. Saya pilih gambar tawaf ni antara lainnya kerana ada unsur pergerakan di situ. Saya masih baru dalam bidang fotografi ni . Masih lagi dlm proses cuba-cuba. Untuk gambar ini saya cuba settingkan ke manual mode dan set shutter speednya kepada 2 saat. Hasilnya ...

Saya menanti komen dari rakan2 sekalian.

Cityscape, Kuala Lumpur


Ratu Snapshot


Jalan Dulu


Bengkel fotografi/ 1 malaysia dengan fotografi...-Further detail

Salam...kepada yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan bengkel fotografi yang saya posted disini pada 11/01/10...anda boleh menalipon saya 012-6723278  atau menggunakan YM saya..my ID mizadgreat...Hari ini ada panggilan yang saya tidak dapat layan kerana saya sedang lecture didalam kelas...

Glosari Gelanggangfoto: Wide area AF

Wide area AF
AF kawasan lebar, kawasan autofokus yang lebih lebar dari kawasan normal. Ini menjadikan lebih mudah untuk memfokus objek bergerak.

Selasa, Januari 12, 2010

Zoo




Glosari Gelanggangfoto: White light spectrum

White Light Spectrum
Spektra Cahaya Putih, Spektra yang kelihatan atau boleh dilihat dengan mata manusia. Gelombang elektromagnet antara 400-700 nanometer.

Isnin, Januari 11, 2010

Sharing is Caring/ 1 Malaysia Dengan Fotografi

Salam kepada semua rakan, pengikut danpengunjung GF.Saya ada berita baik untuk diwar-warkan kepada rakan-rakan atau saudara mara yang berminat untuk menyertai Projek Bengkel Fotografi yang sedang saya usahakan.
Jika anda sememnagnya mencari-cari peluang belajar fotografi sila baca Belajar Fotografi. Sekiranya anda berminat mendapat duit tambahan sila baca Buat Duit Dengan Fotografi

Belajar Fotografi

Saya mempelawa sesiapa yang berminat untuk belajar fotografi dengan lebih systematic dan formal. Bengkel yang saya sedang "organize" adalah bertujuan untuk mengisi masa lapang belia-belia di Malaysia untuk menambah kemahiran pada diri anda.Package ini adalah khas untuk pelajar2 samada universiti,kolej,ataupun sekolah menengah. "Value Added to your degree or diploma"...itulah niat suci murni yang tersemat dihati saya semasa memutuskan untuk mengadakan sesi bengkel fotografi bagi belia-belia Malaysia..Ianya juga adalah "corprate social responsible" untuk membantu belia kita mempunyai aktiviti sihat dihujung minggu.
Roadshow yang pertama untuk tahun ini, bengkel akan diadakan di Kajang, Seremban,Melaka dan Johor.Maklumat lanjut seperti dibawah:

Waktu: Sabtu / Ahad
Tempoh belajar: 8 jam per slot
Yuran: Tempoh Promosi
Package Student =RM120
Bukan Student=RM150
Mod Pengajaran: 4jam lecture, 4 jam Amali/Outing
Tempat : Kajang: Studio Gelanggangfoto
Melaka: Uitm Lendu
Johor: UTM / Kolej Komuniti

Bilangan Pelajar per Sesi: 20 orang
( kelas diadakan sekiranya bilangan yang ada mencapai 20 0rang )
Tarikh: mengikut kesesuai kumpulan)
Hubungi saya untuk keterangan lanjut: 012-6723278
Anda tidak perlu ada SLR untuk turut serta...apa-apa kamera pun boleh..

Buat Duit dengan Fotografi

Ini pula berita baik untuk sesiapa yang ingin mencari pendapatan lebih.  Hubungi saya untuk maklumat lanjut.
0126723278


Satu Malaysia Dengan Fotografi.

Glosari Gelanggangfoto: Weak

Weak
Lemah, imej atau negatif yang nipis iaitu yang mempunyai ketepuan dan beza-cahaya yang rendah.

Ahad, Januari 10, 2010

Dikehendaki Canon 40D

dikehendaki Canon 40D terpakai.  Sesiapa yang ingin menjual, sila hubungi saya (Iskandar) (0172889364) dengan kadar yang segera.

Belajar jadi model


Sebenarnya bukan betul2 nak shoot. Tak ready pun. Tapi snap jugak sebab anak dah terperasan ibu dia nak ambil gambar dan mula tunjukkan aksi gaya model.. Lawak betul.. Ntah mana la dia blajo.. Gambar tak sharp kerana tak betul2 fokus..dan tak ready..
Kalau snapshot begini, layakkah dipanggil potret?

Glosari Gelanggangfoto: Viewpoint

Viewpoint 
Titik pandangan, iaitu kedudukan kamera berbanding dengan subjek.

Jumaat, Januari 08, 2010

Keputusan Pertandingan Fotografi Bulan Disember 2009, tema Mendung

Salam dan sejahtera pengunjung Gelanggangfoto semua.
Berikut adalah keputusan undian Pertandingan Fotografi Bulanan untuk bulan Disember 2009, tema Mendung.
Tiga undian terbaik ialah:
Imej 2: 36%
Imej 12: 36%
Imej 13: 29%

Berikut adalah ulasan pengadil,
Ulasan pengadil:
Karya peserta no 2) Mendung metropolis
-Daya tarikan mata memandang amat kuat sekali dengan sekumpulan awan
hitam berkumpul mengelilingi pencakar langit Kuala lumpur seumpama
ribut kuat akan melanda bandaraya.Orang ramai bergegas mencari tempat
perlindungan atau ingin segera pulang dan menghindari dari kesesakan
lalulintas yang akan melanda, namun jurugambar yang bersedia dengan
kamera merakam saat ini.

-Komposisi yang tepat yang membahagikan 2/3 bahagian awan dan satu
bangunan disebelah kiri menguatkan tumpuan (eyeview point).

-Namun ada ruang yang boleh memperbaikinya umpamanya satu contoh,
gambar ditukar kepada hitam putih dan dinaikan kontras awan yang
mungkin membuat ia lebih dinamik.
Markah : 90 /100.
 

----------------------------
Pengadil telah memilih imej 2.  Setelah diambil kira markah yang diberikan oleh pengadil serta peratusan kiraan undi, saya dengan ini mengisytiharkan imej kiriman sdri Cneoreyta yang bertajuk Mendung Metropolis sebagai pemenang pertandingan tersebut.

Tahniah Sdri Cneoreyta.  Hadiah akan dikirim dalam masa yang terdekat.  Untuk peserta lain, jangan putus asa.  Cuba lagi.  Tema bulan Januari ialah Cahaya.  Saya telah menerima banyak penyertaan.  Rakan dan pengikut semua jangan ketinggalan, sila kirimkan penyertaan dengan segera.

Kepada pengunjung yang belum menjadi rakan atau pengikut, anda dipelawa untuk menyertai Gelanggangfoto.

Sekian







Mendung Mwtropolis, Cneoreyta

Khamis, Januari 07, 2010

Potfolio


Gambar yang diambil tadi boleh dijadikan folio. Folio gunanya untuk ditunjukan kepada rakan rakan atau pelanggan yang ingin melihat sejauh mana kepakaran atau kreativiti seseorang jurugambar sebelum dia dipilih untuk membuat kerja bagi pihaknya atau syarikat.
Membuat sedikit gubahan menjadi kalendar dapat menafaatkan untuk dipamerkan dipejabat atau dirumah anda, tambahan pula kita masih lagi diawal tahun 2010. Selamat mencuba.

Laman rumah (Close-up)

Anak Siput babi.

Spesis yang mula saya nampak - siput babi. Sebab dia jadi model saya hari ini, saya tak bunuh dia.


7Jan2010- Hari Khamis. Sudah lama sangat tak ambil gambar 'close-up'.Tangan dah mula gatal gatal. Tempat yang paling hampir ialah taman dirumah sahaja.

Labah labah diatas daun pandan.


Kesin-Serangga perosak limau purut isteri saya. Dia pun saya bagi 'chance' hari ini.



Close-up pelepah pokok bunga.




Titisan embun pagi bagaikan mata Dinasor.

Berbekalkan DSLR dan zoom 18mm-135mm serta kanta pelekap 'close-up'. Lampu kilat , stand serta remote sensor untuk flash.




Rabu, Januari 06, 2010

Awan



Gambar awan ni di snap ketika baru pulang dari kerja dengan menggunakan hp. Masa ni kereta tengah bergerak jadi hasilnya kurang memuaskan..

Selasa, Januari 05, 2010

Komentar 1


Makluman untuk rakan serta pengikut yang baru.  Satu dari aktiviti Gelanggangfoto adalah komentar, iaitu rakan Gelanggangfoto memberikan komentar atau ulasan terhadap imej yang dipos oleh rakan dengan label "komentar".  Tujuan komentar adalah supaya kita semua dapat mempelajari cara untuk membaiki mutu sesebuah imej.  Untuk tahun ini, saya telah memohon kebenaran dari Sdri Norhamiza untuk menggunakan imej yang telah diposkan olehnya untuk tujuan perbincangan.  Gambar ini rasanya diambil oleh anak Sdri Norhamiza.  Saya memilih gambar ini kerana ingin memulakan topik yang berkaitan dengan potret.

Imej ini telah diambil menggunakan kamera prosumer dengan maklumat data sebagaimana berikut.
panjang fokus (focal length):  5.7mm (37mm setara dengan kamera 35mm).
Dedahan (exposure):  1/10s f/2.8
Lampu kilat:  tidak digunakan
Iso:  100
Filem disetkan ke bw tanpa menggunakan penstabil (tripod).

Apakah pendapat rakan-rakan tentang ketajaman (sharpness) imej ini?  Adakah ia boleh diperbaiki?
Bagaimana pula dengan kedudukan subjek dalam bingkai?  Bagaimanapula cara subjek pose?  Adakah penggunaan ruang sesuai?

Jom mulakan perbincangan.





Isnin, Januari 04, 2010

Cahaya Campur (Mixed Lighting)

Klj 1/60 f/3.5 -ASA 800- Imbang cahaya- Lampu kilat "flash'.
Dedahan sama seperti diatas.
Berbagai warna yang tidak ketara dimata tetapi dapat dilihat didalam imagan filem atau digital. Ia akan ketara jika ada dua atau lebih sumber cahaya yang berbeza. Umpamanya jika kita tetapkan 'color balance' kamera pada 'daylight' maka :
1) Lampu flouresant (lampu lintang) akan menghasilkan warna hijau. ( Tidak digemari oleh kebanyakan jurugambar).
2) Lampu 'tungsten' , Unggun api, api lilin akan hasilkan gambar kemerahan.
3) Cahaya kimpalan hasilkan warna biru.
4) Banyak lagi yang tidak tersenarai disini.
Gambar atas : 'color balance' yang ditetapkan pada 'flash' menghasilkan gambar utama 'subject' warna semulajadi berlatarbelakang kebiruan senja dan bercampur lampu 'tungsten' yang hasikan warna kemerahan.
Ada sedikit kekaburan tetapi subjek utama dibekukan oleh lampu kilat. Ia ada memberi gambaran bahawa buaian sedang bergerak laju dan ia telah dirancang oleh jurugambar.

Ahad, Januari 03, 2010

Jom Undi Gambar Pertandingan Bulan Disember, 2009

Pertandingan Foto Bulan Ini: Cahaya





Salam,
Tema Pertandingan Fotografi Bulan ini ialah "Cahaya".  Tajuk ini agak luas, terpulang pada anda untuk menterjemahnya menjadi gambar yang bermutu dan dapat tewaskan peserta yang lain.

Tema untuk bulan Febuari:  Kasih Sayang


Syarat Penyertaan
1. Anda mesti menjadi ahli (rakan) atau pengikutGelanggangfoto.com.

2. Kirimkan gambar digital (atau gambar yang diimbas (scan)) ke iskandar.abdulrashid@gmail.com dan kepilkan imej (attach) dalam format JPG. Tema imej bulan ini ialah "Mendung". Kirimkan e-mel dengan tajuk "Pertandingan Fotografi Bulan ini, tema: Mendung"
3. Imej adalah milik anda sendiri. Ia tidak diambil atau diubahsuai dari mana-mana imej milik orang lain.
4. Anda (peserta) bersetuju dan memberi kebenaran untuk saya (Iskandar) mempamerkan imej tersebut dalam Gelanggangfoto.com secara percuma. Imej tersebut hanya akan dipamerkan dalam blog ini (Gelanggangfoto.com). Anda masih menjadi pemilik imej tersebut.
5. Sekiranya imej tersebut mengandungi imej orang yang bukan di tempat awam, orang tersebut bersetuju dan memberi kebenaran untuk saya pamerkan imej tersebut di Gelanggangfoto.com.
6. Anda dan orang dalam imej setuju untuk rakan Gelanggangfoto.com memberi komentar untuk tukuan meningkatkan kemahiran mengambil gambar.
7. Sertakan nama dan nombor telefon (atau telefon bimbit) yang boleh dihubungi.
8. Sertakan nama yang dipamerkan dalam senarai pengikut.
9. Kadangkala, ada pembeli yang ingin membeli imej yang dipamerkan dalam Gelanggangfoto. Sekiranya ada yang berminat untuk membeli imej milik anda, nyatakan sama ada anda setuju untuk menjualnya.
10. Kirimkan penyertaan anda pada atau sebelum 23.59 pm 31 Januari 2010 waktu Malaysia, GMT+8.00.
11. Pemenang akan dipilih oleh rakan Gelanggangfoto.com dan berdasarkan populariti imej (bilangan undian yang unik) serta markah yang diberikan oleh pengadil. Keputusan adalah muktamad.
12. Rakan lama Gelanggangfoto.com yang telah khatam tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. Mereka dikehandaki untuk menjadi pengadil.

Contoh format e-mel.
1. Nama:
2. Nama samaran (sebagaimana dalam pengikut):
3. No. h/p:
4. Tema: Cahaya
5. Tajuk imej:
6. Saya setuju untuk menjual imej ini jika ada orang/organisasi ingin membelinya. Hubungi saya di (no h/p).

7. (Jika terdapat imej orang yang boleh dikenali berada bukan di tempat awam)Saya akui orang dalam imej telah bersetuju gambarnya digunakan dalam Gelanggangfoto.
8. Saya akui imej tersebut milik sendiri, bukan diambil atau diubahsuai dari imej milik orang lain.

Hadiah untuk Pertandingan Foto Bulan Ini: Mendung ialah tiga buah buku bernilai RM120++

Sabtu, Januari 02, 2010

Konsep Gubahan Imej, Bahagian 12

Saiz dan Skala
"Camera never lies."  Itu adalah ungkapan yang selalu saya dengar ketika kecil-kecil dulu.  Apakah benar begitu? Yang kamera tidak pernah berbohong...yang apa yang kita nampak dalam gambar adalah kenyataan...

Jurugambar dan jurukamera memang telah arif tentang perkara ini.  Apa yang kita nampak dalam gambar atau di layar perak tidak semestinya benar.  Pernah dengar perkataan "camera trick"?  Jarak antara kamera dan objek boleh mempengaruhi saiz objek tersebut kelihatan dalam gambar.

Selain dari jarak, titik pandangan dan panjang lensa boleh mempengaruhi saiz objek dalam gambar.

Saya pasti rakan-rakan pernah lihat acara gusti di televisyen.  Saiz ahli gusti teramatlah besar.  Bila gambar biasa, mereka tidaklah sebesar itu, hanya saiz manusia biasa aja.  Bagaimana mereka boleh kelihatan terlalu besar ketika berada dalam gelanggang?

Apabila seorang ahli gusti diperlekehkan, dia kelihatan kecil pula.  Perhatikan titik pandangan yang digunakan apabila anda menonton rancangan gusti.  Banyak perkara boleh dipelajari tentang penggunaan skala dan saiz dalam rancangan tersebut.

Anda juga pasti ingat certita Ultraman.  Walaupun teknik yang digunakan amat ketara berkualiti rendah, pada kanak-kanak, trick fotografi yang digunakan dikira berjaya.  pada kanak-kanak, saiz Ultraman amat besar.  Dalam rancangan tersebut, model bangunan (yang kecil) digunakan sebagai bahan rujukan.  Oleh kerana pada fikiran kanak-kanak, saiz bangunan adalah besar, saiz Ultraman juga dibesarkan dalam fikiran mereka.

Dalam fotografi, mata pemerhati akan mencari objek yang biasa untuk dijadikan rujukan saiz subjek utama.  Ada jurugambar yang sengaja membuatkan objek biasa kelihatan besar dan "grand".  Ini biasanya diaplikasikan dalam fotografi pengiklanan.


Rumah Gingerbread

Kebiasaannya model rumah gingerbread kecil sahaja, iaitu sebesar kotak kasut.  Dengan mengambil gambar dari atas, rumah gingerbread ini sememangnya kelihatan kecil.  Dengan kehadiran orang dalam gambar ini, pemerhati dapat tahu saiz sebenar rumah gingerbread tersebut.  Ia amat besar.



Dengan mengambil gambar dari aras bawah dan dekat dengan anak patung, ia kelihatan besar dan grand.  Tanpa objek rujukan sebagai skala, sukar untuk pemerhati membayangkan saiz sebenar anak patung tersebut.

Jumaat, Januari 01, 2010

Teka Mingguan

Masih belum ada peneka yang dapat meneka dengan betul sedangkan hadiah masih panas lagi... Hadiah mesti diserahkan kepada pemenang, jadi saya tambah lagi masa untuk meneka sehingga ada yang meneka dengan tepat.  Kalau Jumaat 8 Januari masih tiada pemenang, kita tutup soalan ini dan keluarkan soalan yang baru.

Apakah pencahayaan (lighting) yang digunakan ketika mengambil gambar asam Gelugor di Studio Gelanggangfoto?


Asam Gelugor

SEMUGA HIDUP PENUH CERIA


Pertandingan Fotografi Bulanan, Jom Undi

Anda dipelawa untuk memilih gambar yang anda fikirkan terbaik untuk tema mendung.  Kekudian klik bebutang Undi yang terdapat di bahagian bawah posting.  Anda dbenarkan mengundi hanya sekali.



1. en Route to Makkah



2. Mendung Metropolis



3. Mendung Petang di Kuala Terengganu



4. Mendung



5. Mendung 3




6. Langit Tak Selalu Cerah




7. Mendung 1



8. Mendung 2



9. Mendung 2





10. Mendung 3






11. Mendung 4




12. Mendung



13. Hujan Nak Turun



14. Hujan Nak Turun 2



15. Dinikah Gundah, Disabung Mendung




16. Perth




17. Mendung 1



18. Mendung 2

Kod undian telah dikeluarkan kerana undian telah berakhir.