Pengikut (ada kelebihannya)

Jumaat, Februari 26, 2010

Awan Sungai Tua


Khamis, Februari 25, 2010

Pameran Fotografi: Satu Pegangan, Pengembaraan Steve McCurry di Dunia Islam

Satu dari cara untuk kita mencari ilham untuk menghasilkan gambar yang lunak adalah dengan memerhati kerja orang lain, terutamanya mereka yang terkenal. Rakan-rakan dikira beruntung kerana akhir-akhir ini banyak galeri telah dibangunkan.


Sekiranya anda minat fotografi dokumentari, anda pasti pernah mendengar nama Steve McCurry, (bukan orang yang disaman oleh rangkaian makanan segera kerana menggunakan mana Mek, dan juga bukan orang Ganu. Ejaan Mek untuk orang Ganu ialah M-E-K, bukannya Mc). Kalau tak pernah dengar nama itu, mungkin rakan pernah lihat hasil kerjanya. Ingat tak gambar gadis Afghan bermata hijau merenung kosong ke arah kamera yang terpampang di kuli majalah National Geographic? Itu adalah satu dari potret yang dihasilkan oleh SteveMcCurry.

Ketika ini, satu pameran foto (Photography Exhibition) yang bertajuk “Satu Pegangan, Pengembaraan Steve McCurry di Dunia Islam”sedang diadakan di Galeri Khas 1, Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur. Gambar yang dipamerkan sememangnya dapat memberi kesan yang mendalam terhadap permerhati, dan saya syorkan rakan-rakan berkunjung ke sana dan hayati gambar-gambar tersebut. Ada banyak gambar yang dipamerkan. Semetara itu rakan boleh naik ke tingkat atas untuk melihat barang pameran tentang kebudayaan dan kesenian Islam.



Muzium Kesenian Islam terletak berhampiran Masjid Negara, iaitu kawasan taman-taman (Area Taman Tasik Perdana). Alamatnya ialah Islamic Arts Museum Malaysia, Jalan Lembah Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Malaysia. Muzium dibuka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Tiket untuk rakyat Malaysia ialah RM12 untuk orang dewasa. Ada diskaun untuk pelajar, dan kanak-kanak RM6. Kanak-kanak 6 tahun ke bawah, masuk adalah percuma. Pameran berakhir pada 8 April, 2010. Jangan tangguh, nanti terlupa.

Pameran Fotografi, Sony World Photography Awards, Global Tour 2009/2010

Pameran Sony World Photography Awards, Global Tour 2009/2010 sedang diadakah di galeri Petronas. Pameran akan berakhir pada 28 Mac 2010. Pameran ini mempamerkan 78 gambar yang telah memenangi anugerah dalam seni halus, fotojurnalisma dan dokumentari. Gambar-gambar yang dipamerkan amat menarik dan saya berharap rakan-rakan Gelanggangfoto pergi berkunjung ke sana. Di mana? Galeri Petronas terletak di Aras 3, Suria KLCC. Nampak bangunan berkembar yang tinggi di Kuala Lumpur? Ikut aja arah itu, pasti bertemu.




Masuk adalah percuma. Oh ya, di dalam Galeri Petronas terdapat pusat sumber yang mengandungi banyak buku seni, termasuk seni foto. Buku adalah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sekiranya ingin menyelami asas seni halus, ini adalah tempat yang elok untuk anda meluangkan masa.



Galeri dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 8 malam. Ia ditutup pada hari Isnin.

Pertandingan Fotografi, Impressions of Muar

Pertandingan dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan Juru Gambar Negeri johor, Cawangan Muar dan bisnes lain di sekita Muar. Ada empat kategori yang dipertandingkan iaitu Life and Culture, Nature and Environment, Culinary Style dan Muar Old Photos Sought Award. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Ogos 2010. Untuk keterangan lanjut, sila layari

http://impressionmuar.blogspot.com

Keputusan Pertandingan Januari, Tema "Cahaya"

Hasil undian dan pilihan pengadil kali ini adalah berbeza.  Setelah dipertimbangkan markah yang diberikan oleh pengadil dan peratus undian, saya dapati weightage adalah berat kepada undian pengunjung.  Jadi pemenang pertandingan Fotografi untuk bulan Januari ialah Sdri Normi melalui gambar "Cahaya Sembilan."

Sila emailkan alamat ke iskandar.abdulrashid@gmail.com untuk dikirim hadiah.
TQ


Tema Pertandingan Bulan Febuari ialah "Kasih Sayang".  Masih ada waktu untuk mengirim penyertaan.

Cahaya Petang


Mentari petang berlabuh tirai, Senja tiba malam menjelma


My Daughters


Nur Cahaya


Sinaran Mentari


Backlit



Cahaya


Cahaya Sembilan


Cahaya Lilin


Funfare 1


Funfare 2


Light Trail



My Daughter Irdina Batrisyia


Rabu, Februari 24, 2010

Gurl and sunset


Selasa, Februari 23, 2010

Potret Puteri

Puteri, ketika berusia 8 bulan.  Gambar dirakam secara analog menggunakan filem Kodak CN400BW pada iso 400.  Cahaya sedia ada, iaitu cahaya tingkap.  Filem diimbas ke format digital menggunakan CanoScan 4400F.

Rama-Rama

1/256 f2.8
1/100 f2.8
1/30 f2.8

Salam semua.

Gambar -gambar ni diambil di Tmn Rama-Rama, KL. Secara kebetulan je, sebabnya saya nak testing makro lens kawan saya (Tamron 90mm). Best jugak ambil gambar makro ni.
Satu kesilapan saya ialah saya gunakan apperture besar (f2.8) untuk gambar makro ni. Sepatutnya gunakan apperture kecil (f22 cthnya). Dah ambil gambar baru terbaca kat blog teknik dan setting untuk makro.
Apa pendapat cikgu Is ?

p/s: Ruginya tak ikut ke Tmn Burung. Tau-tau je dah lepas.

Isnin, Februari 22, 2010

Pd Sanctuary..












Ini adalah antara gambar yg sempat di snap oleh saya dan anis..

Sabtu, Februari 20, 2010

Hello rakan rakan


Saya sedang meneropong rakan rakan yang hilang bersama kamera masing masing kedalam hutan berdekatan.

Krusus Asas Foto





Gambar-gambar ini adalah gambar yang di ambil oleh Nur Anis iaitu anak sulung saya yang menjadi peserta krusus foto...Anis berumur 16 tahun dan bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni foto di UITM. Harapan mama dia alang-alang menyeluk pekasam biar masuk seluruh badan dalam tempayan...dengan itu kalaulah dia betul-betul minat bidang ini, harapan saya agar dia akan jadi salah serang profesional photogapher dan juga pensyarah bidang ini..Almaklumlah orang perempuan dunia pendidikan memang sesuai..tapi kita hanya merancang hanya Tuhan yang menentukan.usaha tetap usaha..

Kami akan mengadakan krusus seumpama ini di Melaka pada 13/3/2010 dan di Kuantan pada 3/4/2010...sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya-012-6723278( hamiza )

Jumaat, Februari 19, 2010

Bengkel Asas Fotografi, Kuantan Pahang

Bengkel Asas Fotografi di Kuantan, Pahang akan diadakan pada 3 April 2010 bermula dari jam 9:00pagi hingga 4.30petang. Yuran dikenakan sebanyak RM160 setiap peserta. Untuk membuat tempahan, sila hubungi Puan Norhamiza (0126723278) atau emel iskandar.abdulrashid@gmail.com. Tempahan selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh bengkel.

Bengkel Asas Fotografi, Bandar Hilir Melaka

Bengkel Asas Fotografi di Bandar Hilir Melaka akan diadakan pada 13 Mac 2010 bermula dari jam 9:00pagi hingga 4.30petang.  Yuran dikenakan sebanyak RM150 setiap peserta.  Untuk membuat tempahan, sila hubungi Puan Norhamiza (0126723278) atau emel iskandar.abdulrashid@gmail.com.  Tempahan selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh bengkel.

Khamis, Februari 18, 2010

Rakan Baru Gelanggangfoto

Salam rakan semua, hari ini kita ada enam rakan baru iaitu Sdr. Saifful, Sdr. Mohd Jefary, Sdri. Nur Anis, Sdri. Rosyazlina, Sdri. Yushazaziah, dan Sdri. Fatimah Nur Zahra.

Untuk memapastikan rakan-rakan semua dapat mencapai Gelanggangfoto, sila semak e-mel dan klik pautan (link) dari Blogger.  Selepas mengaktifkan akaun, rakan semua akan dapat membuat posting, mengirim ulasan (comment), serta mengikuti aktiviti Gelanggangfoto.

Sekiranya menghadapi masalah dengan keahlian, sila hubungi saya (Iskandar) di 0172889364.

SELAMAT DATANG KE GELANGGANGFOTO.

Untuk pengunjung yang lain, anda juga boleh menjadi rakan Gelanggangfoto.  Hubungi Iskandar di iskandar.abdulrashid@gmail.com untuk keterangan lanjut.  Yuran tahunan adalah sebanyak RM50 setahun.

 

Selasa, Februari 16, 2010

Outing Bulan Ini

Bulan ini kita telah mengadakan outing di Taman Burung Kuala Lumpur (8 Febuari 2010) dan Bengkel Asas Fotografi di Bandar Hilir Melaka (13 Febuari 2010).  Kedua-dua event ini telah dijalankan dengan jayanya.

Untuk posting Taman Burung Kuala Lumpur, sila ke pautan berikut.

http://www.gelanggangfoto.com/2010/02/outing-ke-taman-burung.html

Untuk Bengkal Asas Fotografi, kami menginap di Hotel Puri, Bandar Hilir.  Tempat ini memang selesa kerana berdekatan dengan Jonker Walk.  Malam sebelum bengkel agak meriah kerana sambutan Tahun Baru Cina.  Hotel Puri itu sendiri pun amat sesuai untuk fotografi kerana nilai sejarahnya dan bangunan ini padat dengan ornamen dari abad yang lampau.

Kami adakan perbincangan tentang asas fotografi di bawah pokok Melaka di Dataran Pahlawan.    Kemudian kami bergerak ke dalam Porta de Santiago dan memanjat bukit ke dalam runtuhan gereja untuk meneruskan sessi bengkel.

Secara asasnya, bengkel dipecah kepada 3 sessi.  Sessi 1, mengenali kamera serta cara mendapatkan dedahan yang sempurna.  Peserta didedahkan dengan kamera lama, cara mendapatkan dedahan sempurna, setting manual dan penggunaan kad kelabu.

Sessi 2 tentang gubahan imej (composition) dan cara mendapatkan imej yang berkesan dan mempunyai cerita.  Konsep universal dalam gubahan dibincangkan.

Selepas menikmati makan tengahari, Sessi 3 diteruskan, iaitu tentang Etika dalam fotografi, borang Model Release, siapa yang boleh dipotret, cara mewmilih subjek dan sebagainya. 

Setiap peserta mendapat sebuah module, buku fotografi, kad kelabu dan bingkai sepertiga.  Sijil Kehadiran dikeluarkan.

Secara keseluruhan, saya anggap bengkel ini berjaya mencapai matlamatnya.

Peserta sedang asyik mengkali fitur yang ada dalam kamera mereka.  Banyak fitur yang ada masih belum diteroka.

Kami berhimpun dan berbincang di bawah pohon yang bersejarah ini.


Antara peserta sedang asyik dengan peralatan masing-masing. 


Suasana bengkel ketika Sessi 1.


Memanjat bukit ke lokasi baru.


Suasana lebih nyaman di sini.  Terdapat beberapa orang yang boleh dijadikan subjek di sini.  Saya sengaja memilih lokasi ini untuk Sessi 3, iaitu Etika dalam Fotografi. 




Peserta asyik dengan soalan tentang cara mengendali kamera dalam situasi khas.



Antara peserta bengkel.


Antara subjek kali ini.
Saudara Wahab, yang selalu berada di lokasi ini, sedia untuk dipotret.  Walaupun berwajah serius, dia senang untuk dipotret.  Seorang yang baik hati dan mudah beramah mesra.  Terdapat juga penyanyi dan pelukis di sekitar.  Peserta didedahkan dengan cara untuk meminta kebenaran untuk mengambil potret orang dijalanan. 









Dalam masa yang terdekat ini kami merancang beberapa bengkel asas fotografi di lokasi yang sama dan di Kuantan.

Bengkel Outing mengambil gambar air terjun di Sungai Tekala, Lanskap di Putrajaya, dan Fotoesei di Paka, Terengganu.  Selain dari itu kami juga mengadakan kursus asas di Studio Gelanggangfoto.  Antara subjek yang ditawarkan ialah Fotografi Potret dan Fotografi Makro.    

Hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Pertandingan Fotografi Bulanan


Terima kasih kepada rakan dan pengikut yang menyertai pertandingan bulanan.  Untuk menentukan pemenang pertandingan bulan Januari (Tema:  Cahaya) sila membuat undian.  Skrip undian ada diletakkan di panel kanan blog ini.

Penyertaan bulan ini masih dibuka, temanya ialah "Kasih Sayang".  Saya ada menerima beberapa penyertaan yang menarik.  Kepada rakan dan pengikut yang belum menyertai pertandingan bulan ini, penyertaan anda amat dialu-alukan.

Tema bulan Mac ialah Ekspresi (Potret).


Jumaat, Februari 12, 2010

my prince


Sudah lama saya tidak menghantar sebarang post di GF. Lately ni bz dgn geng motor. So, da lama x klik camera....inilah hasil terbaru saya...

Selamat bercuti CNY

Salam semua kawan-kawan dan pengikut. Selamat bercuti dan meraikan CNY.Hati-hati ketika memandu. Untuk makluman.Saya, Normi, Cg Is dan Hamim serta beberapa peserta yang lain akan berada di Dataran Pahlawan Bandar Hilir pada 13/2 jam 9 am-5.30pm. Kami akan berkumpul pada 9 am di pintu gerbang Porta D Santiago jalan masuk ke Dataran Pahlawan melalui pintu gerbang/masuk di antara Hotel Equatorial dan Carrefour.Kepada yang tidak berkesempatan menyertai pada tarikh ini, kami akan mengadakan bengkel seumpama ini di Melaka dan Kuantan pada bulan Mac dan di Kuala Lumpur dan Selangor pada bulan April.Tujuan saya menganjurkan krusus-krusus sebegini adalah untuk kita lebih mahir dalam bidang yang kita minat.Ibarat dalam pepatah Melayu.. Berguru Kepalang Ajar Ibarat Bunga Kembang Tak Jadi.Dan dalam islam pun kalau menuntut ilmu ni kena berguru.

Untuk kawan-kawan kita berjumpa di sana...

Isnin, Februari 08, 2010

Bengkel Asas Fotografi, 13 Febuari 2010

Bengkel tersebut akan diadakan pada 13 Febuari 2010 di Melaka sebagaimana yang telah dinyatakan dalam posting oleh Sdri Norhamiza.  Saya sasarkan 20 orang akan hadir.  10 telah sahkan kehadiran mereka.  Kepada rakan yang ingin turut serta, sila confirm secepat mungkin dengan menghubungi Sdri Norhamiza (0126723278 ) atau saya (Iskandar/HP:  0172889364).  Ini penting untuk mempastikan kami menyediakan bahan yang mencukupi.  Ada dua ruang kosong lagi.  Sesiapa yang ingin ikut, sila conform dengan Pn Norhamiza.

Setiap peserta akan menerima buku tip asas fotografi, nota/bahan bengkel dan sijil kehadiran akan dikeluarkan.  Bayaran dikenakan sebanyak RM150.

Anda akan didedahkan dengan

  • cara mendapatkan dedahan (exposure yang tepat).
  • menggunakan kad kelabu (graycard).
  • cara mencetak graycard sendiri.
  • mendapatkan imej yang tajam.
  • mengambil gambar dengan gubahan (composition) yang elok.
  • etika dalam fotografi. 









Outing ke Taman Burung

Ahad lepas, saya (Iskandar) ke Taman Burung (KL BirdPark) bersama 5 follower (1 dengan family).  Alhamdulillah, cuaca amat baik dan kami dapat mengambil gambar hingga ke petang. 


Burung Merak, dengan bangganya mengembangkan ekornya.


Burung ini agak terlalu rapat dengan saya, ingin meminta makan.  Gambar diambil menggunakan lensa 50mm.


Penatnya.... Kaki buru bangau (egret) yang sedang berehat.


Pos istimewa dari Burung Bayan.


Senyum.... senyum....


Salah seorang dari pengunjung Taman Burung sedang asyik mengambil gambar.