Pengikut (ada kelebihannya)

Isnin, Mei 31, 2010

jalan2 ambik gambar

salam, cikgu Is dan kawan2.. tiada apa aktiviti untuk musim cuti ni? mungkin ada kawan2 sibuk dgn tempahan kerja kahwin. kalau ada apa2 aktiviti jalan2 ambik gambar, bolehlah kongsi bersama dekat sini.

Khamis, Mei 27, 2010

Panning....



Pada 23hb. Mei baru ni...saya pergi ke Sepang International Circuit (SIC) untuk tengok kawan-kawan main trek.....cuba ambil gambar panning....tp mmg pening nak amik gambar panning ni....lbh dr 400 shot....yg jd dlm belas-belas jer....hehehehehe.....kalau ade sesiape yang nak cuba ambil gambar panning ni di trek, Insya-Allah....kalau ade trackday yang akan datang saya akan menjemput rakan-rakan dari GF ini untuk turut serta....dpt ambil gambar dr jarak dekat....

SEMUT








Sekadar berkongsi cerita.
Mungkin ini hanya kebetulan.
IMEJ yang jelas ini
disedari setelah gambar di'download kedalam komputer!

Rabu, Mei 26, 2010

halimullahsharif.blogspot.com

Sudah agak lama saya tak post gambar di Gelanggang Foto ni... jadi saya ambil kesempatan untuk post link blog saya yang terkini untuk saya kongsi bersama...

http://halimullahsharif.blogspot.com/

Selasa, Mei 25, 2010

RAY



Shuter speed: 1/4000
f/5.6
ISO: 400
Focal Lenght: 28.0

Gambar ini di ambil sekitar Bukit Ampang (dekat menara tinjau)
ketika dalam perjalanan pulang ke Kajang.
Jam sekitar 5.30 petang.

Selasa, Mei 18, 2010

deretan senyuman di pinggiran resort.



























Agak bosan dengan suasana resort.
Capai kamera menyusur pantai sendirian. Kemudian setelah matahari mula naik 30%, mula bergegas ke resort. Perut mau diisi. Minum pagi dengan fresh orange. Eksyen. Sarapan dengan hot dog dan beef yang disalai. Sedap dan kenyang. Sempat menyandarkan badan di kerusi dengan penuh bergaya. Apa lagi nak buat perut dah kenyang? Akhirnya jumpa kawan-kawan melepaskan temberang masing-masing. Har! Har!Har!
Selesai bergelak ketawa, masing-masing bawa haluan. Ada yang menggulingkan diri ke dalam bilik dan ada yang merewang di lobbi sambil baca akhbar. Aku teruskan minat. Memetik picu kamera sepuas-puas, klik!klik!klik! Nasib baik bunyinya bukan beng!beng!beng!
Subhanallah, Maha suci Allah, Dia mengizinkan bunga-bunga ini tumbuh dan kembang dengan pelbagai warna.

Isnin, Mei 17, 2010

Keputusan Pertandingan Bulan Febuari

Dari masrkah undian, ada empat gambar yang mempunyai markah yang rapat jurangnya.  Tiga dari gambar tersebut adalah kiriman Sdr Lotfi, dan 1 kiriman Tweetybird.  Dari imej tersebut, kami telah beberapa kali berbincang dan memang agak sukar untuk memilih yang terbaik.  Ini kerana setiap gambar yang dikirim dalam bulan Febuari mempunyai kekuatan yang tersendiri.  Jadi dari gambar tersebut, kami telah memilih dua gambar terbaik.  Berikut adalah dua gambar yang memenangi pertandingan bulan Febuari. 

Sdri Tweetybird dan Sdr Lotfi, sila e-melkan alamat penerima hadiah ke iskandar.abdulrashid@gmail.com


Gambar 1:  Tiga warga emas saling bermanja-manja mengeratkan kasih sayang antara adik beradik.


Gambar 2:  Anak Ayah


Pertandingan Fotografi - Akiviti tertangguh

Salam rakan dan pengunjung semua.  Pertama, saya (Iskandar) memohon maaf kerana aktiviti pertandingan terhenti buat sementara waktu.  Sebenarnya aktiviti petandingan masih berjalan, cuma aktiviti memproses pertandingan terhenti sementara.

Kebetulan saya sibuk dengan beberapa projek buku yang memerlukan tumpuan dan waktu 300% dari kadar biasa.  InsyaAllah akan selesai dalam waktu yang terdekat.  Hadiah dah terbungkus.  Pek hadiah buku, kamera "low tech" untuk lomo.  Saya juga sedia menerima sumbangan hadiah dari mana-mana pengunjung yang ingin memperkenalkan produk mereka.  Sila hubungi no yang diletakkan di panel kanan laman.

Teruskan menghantar penyertaan.  Hadiah ada menunggu, cuma aktiviti kami di sini sahaja yang tertunggak.

Sabtu, Mei 15, 2010

Buat cikgu is..dan guru2 GF..

Jumaat, Mei 07, 2010

Bertateh

Puteri 11 bulan

Umur sebegini agak sukar untuk ditangkap gambar.  Bayi semakin aktif bergerak.  Apa lagi apabila dia tahu imej kelihatan di skrin LCD kamera selepas gambar ditangkap, bayi akan berebut untuk melihat gambarnya walaupun gambar belum sempat diambil.




Langkah pertama memang sukar.  Anak mngkin menangis kerana meminta bantuan.  Untuk Puteri, memang ada alasan untuk menangis.  Gusi sakit kerana sebatang lagi gigi baru tumbuh di sebelah bawah.



Pos istimewa dari Puteri

Sabtu, Mei 01, 2010

Lari!


Salam semua.. Dah lama jadi silent reader.. huhu.. Tak banyak gambar menarik nak kongsi, itulah sebabnya...

Outing Zoo Negara..

Toilet Yang Menarik Pernah di Kunjungi
maisarah dan intan...super model saya masa tu...
Ini jerlah yg dpt di snap ...nasi baik ada hp camera...gbr lain kat prosumer camrea habis terdelete all oleh adik ku sayang CT
i love orang utan..hansome n cute ...